CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 31, 2009

Jihad Jalan Hidup Kami..Syahid Cita Kami Tertinggi..


Di dalam kebanggaan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yg ke-52 thn,
kita masih lupa yg ada saudara2 kita yg masih belum merdeka..
Masih dihimpit ketakutan dan kelaparan..
PALESTIN....

Isu Palastine bukan sekadar isu sejagat ataupun bersifat global sebaliknya adalah isu kita. Kita yang beragama Islam kerana yang sedang sengsara dan disiksa adalah saudara seagama kita. Mereka ditindas dan diperlekehkan sudah berabad lamanya. Disembelih tanpa belas biarpun bukan dengan tangan. Dibunuh tanpa segan silu tanpa mengira jantina hatta peringkat umur. Diperlakukan sewenangnya bagai nyawa sudah tiada nilai dibumi yang pernah disebutkan dalam Isra' nabi tika mengadap Allah satu ketika dahulu. Begitulah yang kini berlaku di bumi Aqsa'.
Mereka diperlakukan dengan sewenangnya. Hak asasi dicabuli, tanahair mereka dirampas malah mereka diusir secara terhormat keluar dari bumi yang mereka sayangi. Relakah kita sekadar melihat dan mendengar rintihan keluh siksa dan airmata yang saban hari tumpah?? Yang turun menghujani Palastine bukanlah air atau salji sebaliknya peluru. Yang membasahi gersang bumi tersayang tidak juga air sebaliknya darah dan airmata saudara kita sendiri. Sifat dan sikap kebinatangan rejim zionis ini terus berleluasa. Ruang udara negara itu bagai berpesta dengan percikan cahaya dari segala jadah peluru berpandu yang dilancarkan mencari sasaran. Mereka terus bermaharaja dengan rela dan disokong oleh kuasa besar yang menghalalkan tiap satu perlakuan hatta perbuatan rejim giler ini membedil masjid tempat saudara kita bersolat dan bermunajad mohon bantuan dan pelindungan.


Betapa kurang ajarnya bangsa yang memang layak dilaknati ini. Serangan juga dilancarkan di sekolah-sekolah tempat anak-anak menuntut ilmu untuk bekalan mereka di masa depan. Kononnya kedua tempat ini merupakan lokasi paling stategik untuk pejuang dan mujahid Palastine bersembunyi. Satu alasan lekeh yang sengaja direka cipta. Itulah Israel. Sering menuding jari pada orang lain terhadap apa sahaja yang mereka lakukan. Melempar dan meletakkan kesalahan untuk dipikul oleh orang lain. Bertindak mengikut rules and regulations yang mereka cipta sendiri. Dah entah berapa puluh kali gencatan senjata dengan penuh selamba beruk dan penuh angkuh mereka cabuli. Tiada apapun tindakan yang dikenakan. Balik-balik Palastine juga yang dipersalahkan. Fatha dan Hamas yang memerintah bukan masalah sebenarnya kerana bagi bangsa seangkuh Israel yang memang tidak pernah tahu menghormati hak orang lain, apa yang ada dalam kepala otak mereka hanyalah ingin merampas Palastine secara total. Menjadikan bumi Palastine sebagai negara mereka sendiri. Dasar bangsa Laknatullah. Tak pernahnya akan puas selagi mereka tidak menghapuskan rakyat Palastine dan menguasai segalanya.

Lihat sahaja penaklukan yang telah mereka lakukan hingga ke hari ini... Itupun tak cukup-cukup lagi... yang warna putih tulah tanah Palastine yang rampas oleh Zionis Laknatullah manakala yang warna hijau tu tanah yang dimiliki oleh rakyak asal negara itu yakni Palastine...Tengok la betapa zalimnya puak Zionis ni..


Sila lihat link ini..Remembrance of Al-Quds (ROQ)

0 comments: