CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 10, 2009

Tutup aurat? Jangan salah faham


KESALAHAN PERTAMA :
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA :
Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA :
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT :
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA :
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM :
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan
sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH :
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN :
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga
boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa
tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan
tudungnya sampai ke dadanya, dan
JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT! DAN
PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG
TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya
menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan.
Allah tidak memberikan pengecualian,melainkan apa yang terzahir. Oleh
karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu
serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam
menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita,
bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan
kedua tapak tangan. Demikianlah apa
yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha',
Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan
gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat
letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada
fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih
diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat
yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai
gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk
berlebih-lebihan yang sangat tidak
baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-
perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik
perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

KESALAHAN KESEMBILAN :
Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN KESEPULUH :
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya
tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.
Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita
menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan
pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu
dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan
lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu
sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Kepada wanita2 di luar sana, same2lah kita b'pesan2 dan saling ingat mengingati..Begitu jg dgn diri sy..Semoga hudup kita sentiasa dipayungi keindahan islam..

0 comments: